Menu

IKLAN

Siapa sangka, bermula hanya dengan suka-suka dan menjadikan ianya sebagai diari atas talian, ianya mampu menjana pendapatan buat menampung kehidupan seharian.Namun jika dilihat menerusi mata kasar, dunia blog seolah-olah tidak memberi sebarang pendapatan kepada pemiliknya, bagaimanapun, dunia blog juga ternyata berupaya membantu pemiliknya meraih pendapatan yang lumayan.

Uzu, pemilik blog Kisah Emas Putih
Pemilik blog www.kisahemasputih.com, yang hanya mahu dikenali sebagai Uzu 24, berkata, beliau mula menulis blog sejak enam tahun lalu.

Menurut gadis dari Sabah itu lagi, beliau pada mulanya menjadikan blog tersebut sebagai diari dan akhirnya, beliau menjadikan blognya sebagai tempat untuk berkongsi info dan tips.

“Blog ini banyak kelebihannya. Sebagai pelajar sepenuh masa, hasil berblogging saya boleh manfaatkan untuk menampung pengajian saya dan bercuti. Selain itu, melalui blog juga ianya boleh memberikan impak yang positif kepada pembaca,”katanya.

Ujarnya, beliau boleh memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 sebulan hasil daripada dunia blog tersebut dengan menjana pendapatan melalui iklan, ulasan produk dan menghadiri majlis-majlis tertentu.

“Kepada mereka yang ingin menceburi dunia blog, bukan mudah untuk naik, kena cari identity sendiri. Jangan jadikan blog sebagai diari sebaliknya jadikan ia dengan penuh informasi.

“Nak jadi blogger juga perlu ada semua media sosial. Jangan berputus asa dan hati perlu kental untuk hadapi ‘haters’ yang sentiasa ada dimana-mana,”nasihatnya.

Sementara itu, Faizal Kamaruzzaman 26 berkata, beliau berpeluang melancong ke luar Negara melalui blog.

Pemilik blog www.faizalfredley.com itu berkata, beliau mula berblogging sejak lima tahun lalu.
Faizal Fredley

“Apabila saya melancong ke luar Negara, saya akan berkongsi pengalaman disana melalui blog. Ada juga yang menaja saya untuk melancong ke luar Negara. Itu antara kelebihan berblogging.

“Jadi kepada mereka yang ingin menjadi blogger, perlu celik tentang IT zaman sekarang ini kerana sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Hasil yang diperolehi kadang-kadang di luar jangkaan,”katanya.

Sementara itu, pemilik blog www.ayuejean.com  pula berkata, melalui blogging, beliau dapat berkongsi dan memperoleh ilmu yang baru setiap hari.

Aktif menulis blog sejak tahun 2010, Ayu berkata, beliau dapat mencari pendapatan tambahan melalui iklan-iklan dan mempromosikan sesuatu produk melalui blognya.

“Saya dapat menjana pendapatan sekitar RM400 keatas dan ianya bergantung pada kesesuaian dan kehendak pengiklan.

'Header' blog Ayu
"Berblog ini memerlukan kesabaran. Tidak boleh cepat berputus asa. Tiada jalan mudah dalam berblogging. Dalam berblog ada etikanya. Sebelum menyebarkan sesuatu kita perlu membuat sedikit kajian bagi mengelakkan kita menyebarkan info atau berita yang tidak sahih,”nasihat kakitangan swasta itu.

Pemilik kepada tiga buah blog,Muhd Syukri Tahir 26 berkata, terlalu banyak kelebihan yang boleh diperolehi melalui blog.
Muhd Syukri Tahir

“Rakyat Malaysia sekarang ini suka membaca secara on-line. Jadi kalau bijak mendalami ilmu blog, boleh jana pendapatan. Lagi satu, berblogging ini ibarat pengantara antara penulis dan pembaca yang mana sesuatu berita itu dapat disampaikan dengan cepat.

“Mereka yang ingin menceburi dunia blog ini perlu ada objektif dan kenapa nak menjadi blogger. Semua boleh jadi blogger, tapi yang betul-betul serius itu amatlah sedikit. Cari identiti sendiri, hubungan dengan pembaca, cara penulisan dan sebagainya,”kata pemilik blog www.encikst.comwww.destinasimakananhalal.com dan www.jejakmalaysia.com.

Seorang blogger, Lyssa Faizureen 23,  pula berkata, melalui pendapatan yang diperolehinya melalui blog dapat menampung perbelanjaan sehariannya.

“Kalau nak diikutkan, pendapatan bulanan saya hasil dari blogging bolehlah untuk menampung perbelanjaan seharian saya untuk membayar sewa rumah dan perbelanjaan lain. Bagi saya, ianya sudah meadai dan mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian saya tanpa pertolongan daripada ibubapa,”katanya.

Pemilik blog www.lyssasecret.com  ,  itu berkata, beliau mula aktif sebagai sejak di bangku sekolah lagi dan sekadar suka-suka.

Lyssa Faizureen
“Pada mulanya, saya berblog hanyalah suka-suka danibaratkan blog itu adalah diari harian saya. Tapi apabila tahu blog boleh jana pendapatan, saya berkongsi dengan pembaca tips dan tutorial blogging supaya orang yang baru dalam dunia blog tahu sedikit sebanyak mengenai blog dan tarik minat mereka,”katanya.

Kesemua blogger-blogger ini merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang mempunyai ahli aktif seramai 150 blogger.

Pengasasnya, Ben Ashaari berkata, kesemua blogger-blogger ini dikumpulkan di bawah satu komuniti blogger untuk berkongsi maklumat dan ilmu berkaitan dunia blogging.

“Motif utama KBBA adalah untuk menubuhkan satu komuniti blogger dan pengamal media sosial yang aktif. Bila adanya komuniti blogger KBBA ini, ianya akan dapat memberikan impak yang positif pada pengaruh media sosial.

“Pemilihan ahli pula, kami memilih blogger yang aktif dan mempunyai aura serta keunikan tersendiri. Latar belakang setiap ahli adalah berlainan. Ada yang bekerjaya dan mempunyai peribadi yang lain dan ianya menjadikan ahli-ahli KBBA lebih menarik,”katanya.
Sebahagian daripada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.
Ben Ashaari (duduk, tengah) merupakan pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top