IPOH:
The Bos Gaurus hari ini telah melengkapkan kuota pemain import untuk
mengharungi musim 2016 apabila menyaksikan Oybek Kilichev dari Uzbekistan
menandatangani perjanjian untuk bermain bersama pasukan bola sepak Perak itu,
petang tadi.
Oybek
baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan doktor dan ujian kecergasan serta
penyesuaian dibawah pemerhatian jurulatih bagi sesi percubaan pada 13 dan 14
Januari lalu.
Oybek
Kilivhev yang merupakan warganegara Uzbekistan itu pernah bermain dengan kelab
Paykan di Iran.
Presiden
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata,
pemain yang berusia 27 tahun itu akan bermain di posisi midfield (pemain
tengah).
“Sehingga
kini, skuad The Bos Gourus telah lengkap kuota empat pemain import kecuali
Ellias yang masih belum mendapat International Transfer Certificate (ITC).
“Kita
harap dalam tempoh terdekat ini, ITC untuk Ellias akan diperolehi dan beliau
akan dapat bermain bersama-sama kita,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan
petang tadi.
Abdul
Puhat turut berkata, sehingga kini, pasukan Perak telah mengadakan beberapa
siri perlawanan persahabatan untuk menyesuaikan diri para pemain di atas
padang.
“Setakat
ini kita telah adakan empat perlawanan persahabatan seperti perlawanan menentang
pilihan Manjung pada 26 Disember 2015, Felda FC (30 Disember 2015); DRB Hicom
(9 Januari) dan PKNS FC (14 Januari).
“Walaupun
perlawanan ini bukanlah yang utama, tetapi ini adalah persiapan untuk pasukan
kita dimana kita banyak melakukan pertukaran pemain. Lebih kepada penyesuaian
kepada pemain-pemain kita dalam menghadapi pertandingan yang dijangkakan akan
berlangsung pada Februari ini,” ujarnya.
Sementara
itu, jurulatih PAFA, Shamsul Saad berkata, beliau yakin dengan pemilihan empat
pemain import tersebut untuk menyertai pasukan The Bos Gaurus.
“Keempat-empat
pemain import ini, saya yakin mereka sesuai untuk bermain bersama-sama dengan
pasukan Perak.
“Apabila
Oybek menandatangani dengan pasukan Perak, kita sudah cukupkan pemain kita dan
akan menyusun program kita sebab kita tidak mahu ada pemain yang tertinggal,”
ujarnya.
Antara
tiga pemain import Perak yang lain ialah Thiago Junio De Aquino dari Brazil,
Ellias Fernandes Oliveira juga dari Brazil dan Vokhid Shodiev dari Uzbekistan




0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.