KOTA BHARU - Golongan belia perlu didekati dan diberi fahaman jelas berhubung jihad dalam konteks Islam yang sebenar bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gerakan radikal seperti militan IS yang jelas tersasar daripada ajaran agama sebenar.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk melaksanakan pendekatan terbabit, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai belia seharusnya mendekati peringkat belia seusia mereka ini.
Dalam usaha ini katanya, kerajaan juga perlu mengadakan kerjasama dengan pihak NGO terbabit bagi membantu melaksanakan pendekatan sebenar bagi memastikan golongan itu tidak mudah terjebak.
“Mereka ini mudah terpengaruh dengan anasir luar dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Islam tidak mengajar melalukan keganasan sebagai jihad,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penangkapan empat belia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan seorang lagi di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Setiawangsa, yang dipercayai terlibat dalam gerakan militan IS.
Terdahulu Asyraf Wajdi menghadiri majlis dialog belia anjuran Majlis Belia Kelantan (MBK) semalam, turut dihadiri Yang Dipertua MBK, Syahbuddin Hashim.
-Sinar Harian
Related Posts
Bagan Datoh 2016 International Merdeka Mountain Bike Challenge 28 Ogos Ini
01 Jun 20160IPOH : Perak Mountain Bike Cycling Club akan menganjurkan Bagan Datoh 2016 International Merdek...Read more »
RM152j Diperuntukkan Bagi SUKMA 2018 Di Perak
29 May 20160KUALA KANGSAR: Kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan sebany...Read more »
Siap Sedia Hadapi Cabaran Dunia Digital
19 May 20160PARIT BUNTAR : Dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020, kerajaan Persekutuan dan kera...Read more »
Komited Tangani Masalah Pengangguran
19 May 20160BAGAN SERAI : Kerajaan negeri Perak akan terus berusaha dalam membantu mengurangkan kadar pen...Read more »
Permasalahan Belia Didengari Secara Dua Hala
18 May 20160PARIT BUNTAR : Permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia sama ada yang melibatkan sukan da...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.