GERIK: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini telah melancarkan Fit Perak Fit Malaysia di Padang Landasan Terbang Gerik, pagi tadi bersempena dengan program pemukiman di daerah Hulu Perak yang berakhir hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, Fit Perak merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Fit Perak merupakan kesinambungan daripada Fit Malaysia yang diadakan oleh KBS.
"Menteri Besar juga meminta saya untuk meneruskan Fit Perak yang akan dilaksanakan di setiap daerah di negeri ini,"katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran tersebut.
Di dalam Fit Perak, aktiviti wajib yang diadakan ialah Ride, Run dan Aerobik.
Selain Fit Perak, turut diadakan di dalam Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir itu ialah sukan rakyat.
Shahrul berkata, ini merupakan satu pendekatan yang amat dialu-alukan untuk menghidupkan semula sukan-sukan tradisional.
"Ianya merupakan satu pendekatan yang dialu-alukan kerana kita perlu menghidupkan semula sukan rakyat tradisional bagi meningkatkan silaturrahim sesama kita,"ujarnya.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.