Menu

IKLAN


GERIK: Sesi dialog bersama anak muda yang diberi penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai 'Cekodok Talk'  telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda di daerah Hulu Perak.

Cekodok Talk diadakan sempena dengan program pemukiman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama-sama dengan barisan Exco kerajaan negeri selama lima hari bermula 23 Februari dan berakhir hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, sesi Cekodok Talk ini merupakan satu platform komunikasi untuk kerajaan negeri dan juga golongan belia.

Jelasnya lagi, sesi dialog bersama anak muda telah banyak diadakan sebelum ini dan sempena program pemukiman, ianya dijenamakan semula.

"Cekodok Talk mendapat sambutan yang cukup baik kerana ia memberikan platform komunikasi dua hala.

"Kita memberikan ruang untuk mereka Whatsapp atau SMSA kepada kita  kerana ada dikalangan mereka ini merasa segan untuk berdiri dan bertanya,"katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Fit Perak di sini, hari ini.

Katanya lagi, menerusi sesi tersebut, soalan-soalan yang ditanyakan oleh golongan belia ini menunjukkan kematangan anak muda yang mahukan ruang seluas-luasnya.

"Soalan-soalan mereka ini menunjukkan kematangan-kematangan belia-belia kita yang mahukan platform seluas-luasnya untuk mereka meneruskan kehidupan sama ada di dalam kerjaya, perniagaan dam sebagainya.

"Kita mendapat maklumbalas yang positif dan sesi dialog ini akan diteruskan,"ujarnya.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top