GERIK: Golongan belia disarankan untuk menjadi lebih kreatif dengan menggunakan ruang dan tempat sedia ada untuk kegunaan aktiviti mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, ini kerana peruntukan kerajaan negeri adalah sangat terhad.
"Saya sudah turun ke peringkat akar umbi dan sudah tentu ada banyak permintaan untuk infrastruktur-infrastruktur sukan dan kita perlu uruskam permintaan-permintaan tersebut.
"Tetapi akhirnya kita perlu berpijak di bumi yang nyata di mana peruntukan kita adalah terhad,"katanya ketka ditemui di Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir, di sini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan sememangnya ingin menyediakan infrastuktur-infrastruktur yang diinginkan oleh golongan belia namun disebabkan peruntukan yang terhad, perkara itu tidak dapat dilaksanakan.
Berikutan itu, kerajaan negeri perlu memilih lokasi-lokasi yang strategik supaya ia boleh digunakan oleh semua pihak.
"Sebagai contoh adalah di Landasan Terbang Gerik ini dimana ianya sesuai digunakan untuk sukan permotoran.
"Jadi mereka perlu menjadi kreatif dan menggunakan tempat yang sedia ada serta meningkat serta menyesuaikan untuk kegunaan anak muda,"ujarnya.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.