Menu

IKLAN



IPOH: Taman D.R Seenivasagam dijangka akan dipenuhi lebih daripada 100 vendor makanan dan juga trak makanan pada 16 April hadapan apabila taman rekreasi tersebut akan bertukar menjadi tapak festival makanan, ‘Ipoh Picnic Day.

Ipoh Picnic Day dianjurkan oleh Generasi Bersatu Malaysia dengan kerjasama Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Tourism Perak dan People of Remarkable Talent (PORT).

Pengasas Generasi Bersatu Malaysia, Izat Izwan Idzian berkata,pengunjung juga berpeluang untuk merasai pelbagai makanan lazat yang disediakan oleh chef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

“Orang ramai juga boleh belajar bagaimana untuk membuat hidangan sendiri dengan melihat demonstrasi masakan secara langsung yang akan dipertontonkan oleh Chef Wan,”katanya dalam sidang media, hari ini.

Ujarnya lagi, pengunjung juga akan turut dihiburkan oleh selebriti Malaysia seperti Bittersweet dan Couple selain daripada Ramona Zamzan dan artis jemputan yang lain.


Manakala bagi acara kemuncak Ipoh Picnic Day adalah memberi peluang kepada pengunjung yang datang untuk menonton wayang pacak bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Kami akan menayangkan filem ‘The Journey’ dengan kerjasama Astro Shaw.

“Ini akan mengimbau kenangan menonton wayang pacak percuma kepada golongan yang pernah merasainya pada era tahun 60-an dan 70-an di mana mereka akan membawa makanan dan tikar untuk menonton beramai-ramai.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan vendor yang ingin menjual produk-produk selain daripada makanan, seperti pakaian, seni kraftangan, buku dan lain-lain, vendor-vendor tersebut boleh menghantar emel ke ipohpicnicday@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Dianggarkan sekitar 15,000 pengunjung akan hadir untuk memeriahkan Ipoh Picnic Day ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui tentang program ini, boleh ke Instagram (@ipohpicnicday), Facebook (Ipoh Picnic Day) dan Peatix (ipohpicnicday.peatix.com).


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top