IKLAN




IPOH: Seni mempertahankan diri orang Melayu mampu dijadikan sebagai alat perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun mempunyai latarbelakang yang berbeza.

Presiden PESAKA Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ali Mohd Rustam berkata, ini kerana silat adalah warisan bangsa dan ianya diwarisi oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan parti politik.

“Hari ini kita melihat banyak berlaku perpecahan. Kerana itu kita percaya silat adalah alat yang terbaik untuk perpaduan Melayu,”ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Pemimpin Turun Ke Gelanggang Silat Peringkat Negeri Perak 2016’ yang diadakan di PORT, di sini, malam tadi.

Ujar Mohd Ali lagi, silat juga mempunyai kekuatan daripada kesetiaan kepada pemimpin dan perguruan yang membolehkan silat menjadi alat perpaduan yang terbaik bagi bangsa Melayu.

“Contohnya masa berlaku beberapa kejadian penghinaan kepada orang Melayu, kita tidak mengira siapa pun.



“Walaupun kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sehaluan, tetapi kita tetap membela kedua-duanya atas asas bangsa Melayu dan agama Islam.

“Oleh itu, saya percaya, silat ini boleh menjadi alat perpaduan yang terbaik bagi bangsa Melayu,”tegasnya.


28 Mar 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top