![]() |
Gambar Hiasan |
IPOH: Seramai
17,589 golongan belia di negeri ini telah menyertai pertubuhan peladang
berasaskan industri agro-makanan sehingga tahun 2015.
Exco
kerajaan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata, daripada
jumlah tersebut, 11,506 adalah lelaki manakala 6,083 adalah wanita.
“Bagi
meningkatkan penyertaan belia dalam bidang pertanian yang berasaskan industri
agro makanan, Lembaga Pertubuhan Peladang telah melaksanakan program ‘Meremajakan
Pertubuhan Peladang.
“Tujuannya
adalah untuk menggalakkan penyertaan remaja berumur 18 hingga 40 tahun ke bawah
dalam sektor pertanian, menjadikan remaja peneraju kemajuan sektor pertanian di
masa hadapan, meningkatkan jatidiri, kesukarelawan dan semangat cintakan negara
dikalangan remaja dan bertindak sebagai agen penerangan kepada rakyat mengenai
peranan Kementerian dan kerajaan ke arah pembangunan pertanian,”katanya dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan
Negeri, hari ini.
Mengulas
lanjut, Saarani berkata, antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam
meremajakan Pertubuhan Peladang adalah dengan menubuhkan Kelab Pertanian
Sekolah yang memfokuskan kalangan pelajar-pelajar sekolah yang berpotensi
menjadi usahawan dalam sektor pertanian di masa depan.
“Antara
sekolah yang terlibat pada tahun 2014 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Sri Perak (Parit Buntar), SMK Alang Iskandar (Bagan Serai), SMK Sultan Abdul
Aziz (Teluk Intan), SMK Temenggong Kati (Kuala Kangsar).
“Manakala
untuk tahun 2016 ialah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan dan SMK Batu 4
(Gerik),”ujarnya.
Selain
itu, Saarani berkata, antara langkah yang diambil adalah dengan menubuhkan
Kelab Kor Tani Peladang, My Agrosis dan Unit Agroprenuer Muda.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.