IPOH: Penubuhan Dewan Belia Perak membuktikan bahawa
kerajaan negeri sentiasa mendengar suara anak muda yang akan menerajui negara
dan negeri pada masa hadapan.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup)
berkata, sesuai dengan visi dan misi penubuhan Dewan Belia itu, pelbagai
program peningkatan kapasiti perwakilan Dewan Belia telah dijalankan.
“Visi penubuhan Dewan Belia Perak adalah bertujuan untuk
melatih dan mengasah bakat kepimpinan belia Negeri Perak sebagai pelapis
kepimpinan pada masa hadapan dan mempertingkatkan keberkesanan dalam membuat
keputusan berkaitan cabaran.
“Manakala misi Dewan Belia Perak adalah untuk menyediakan
platform perbahasan kepada belia untuk menyuarakan pandangan, berbincang dan
menjana idea baru berkaitan pembangunan belia untuk dibawa kepada kerajaan
negeri sebagai input dalam proses membuat polisi,” katanya ketika menjawab
soalan lisan daripada S Kesavan (PKR-Hutan Melintang) dalam sidang Dewan
Negeri, hari ini.
Ujarnya, pihak sekretariat juga telah menganalisa keperluan
dan siri latihan pembangunan kapaisiti yang perlu untuk memperkasakan perwakilan
Dewan Belia.
“Diantara program-program latihan pembangunan kapasiti yang
akan dilaksanakan untuk perwakilan Dewan Belia Perak adalah latihan Pengucapan
Awam dan ‘Self-branding’, ‘Research and Methodology’ dan Pengurusan Projek di
lapangan,”ujarnya.
Mengulas lanjut,
Shahrul Zaman berkata, setiap perwakilan Dewan Belia diperuntukkan sebahagian
kecil dana untuk menjalankan program-program belia di peringkat akar umbi.
Dalam soalan tambahan, Shahrul Zaman berkata, kerajaan negeri
memandang serius usul-usul yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama,
Penggal Pertama Dewan Belia Perak.
Katanya lagi, usul-usul tersebut telah dibentangkan di dalam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Dr Zambry Abd Kadir dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.