IKLAN



IPOH: Sebanyak tujuh pasukan bakal berentap dalam Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang akan bermula esok di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pertandingan, Datuk Abd Rahim Mod Ariff berkata, buat pertama kalinya kejohanan hoki pada kali ini akan diadakan esok bersempena dengan sambutan Jubli Perak yang akan diadakan esok.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka akan berangkat untuk menyaksikan perlawanan pembukaan tersebut.

“Sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian pada tahun ini dimana empat pasukan adalah yang akan menyertai Sukan Olimpik iaitu Australia, Kanada, New Zealand dan India, tiga pasukan negara, Jepun dan Pakistan.

“Dari segi persediaan memandangkan perlawanan pada kali ini diadakan dalam keadaan cuaca panas, kita akan menyediakan pasukan paramedik yang sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan,”ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah Perlawanan, Gary Marcsh.

Sementara itu, jurulatih pasukan Malaysia, Stephen Van Huizen berkata, perlawanan pertama antara Malaysia ialah menentang pasukan New Zealand. Malam esok.

Ujarnya, beliau menjangkakan perlawanan yang sengit dalam setiap perlawanan.

“Kita tidak mensasarkan apa-apa cuma kita tidak mahu berada dalam kedudukan yang terakhir. Kita akan bermain dengan baik untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Untuk perlawanan dengan New Zealand esok, kita menjangkakan perlawanan yang sengit dan kita akan menggunakan strategi kita sendiri,”ujarnya.

Meskipun terdapat beberapa pemain yang kurang sihat, kata Stephen, beliau berharap agar kesemua pemainnya kembali cergas menjelang perlawanan, malam esok.


05 Apr 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top