IKLAN



IPOH: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM100,000 kepada juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Argentina di litar Termas de Rio Hondo, di Santiago del Estero, Argentina, Khairul Idham Pawi di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, insentif itu diberikan sebagai salah satu rangsangan kepada Khairul Idham untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.

“Sebenarnya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60,000 sebelum beliau bertolak tetapi mungkin kerana beliau telah berlepas ke luar negara lebih awal, jadi kita tidak sempat sampaikan.

“Oleh itu, kerana beliau telah berjaya, kita menjadikan jumlah insentif itu kepada RM100,000 sebagai menghargai jasa beliau yang mengharumkan nama negara dan juga negeri,”katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Dalam masa yang sama, Zambry berkata, sukan permotoran ini boleh dijadikan sebagai satu sukan yang baik sekiranya ia dijaga dan dididik dengan baik.

“Ini merupakan satu sejarah, saya fikir sejarah dunia di peringkat antarabangsa di atas kejayaan beliau.

“Dan perlumbaan seterusnya adalah di Texas, Amerika Syarikat, kita doakan supaya Khairul akan terus mencipta sejarah negara kita dan menjadi kebanggaan Malaysia,”ujarnya.


06 Apr 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top