KUALA KANGSAR: Kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan sebanyak RM152 juta kepada negeri Perak bagi tujuan pembangunan serta membaik pulih kemudahan sukan sempena SUKMA yang bakal berlangsung di negeri ini pada 2018.
Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin perbelanjaan sebanyak RM152 juta akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan semula dan membaikpulih bangunan sukan di negeri ini.
“Kerajaan pusat akan membantu Negeri Perak dalam menyediakan semua kemudahan bagaimanapun peruntukan ini tidak termasuk membaikpulih velodrom yang bakal dimulakan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan untuk dibaikpulih,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Fit Malaysia Perak di Dataran Pavilion di sini hari ini.
Sementara itu menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir fokus utama membaiki kemudahan sukan di negeri sebagai langkah persiapan menghadapi SUKMA 2018.
“Peruntukan yang agak baik akan digunakan bagi tujuan memperbaiki stadium kolam renang,padang menembak dan sebagainya,” ujarnya.
Beliau berharap supaya sumbangan itu disalurkan lebih awal sebagai persiapan dan menyediakan menjelang penganjuran SUKMA 2018.
Sementara itu, Khairy turut berpuas hati mengenai penganjuran Fit Malaysia yang disifatkannya sebagai menarik minat pelbagai peringkat masyarakat negara ini.
“Kini Fit Malaysia Perak telah keluar daripada bandar besar dan kini di kuala Kangsar masih mendapat sambutan hangat menunjukkan rakyat Malaysia susah bersedia ke arah menjadi negara bersukan,” ulasnya.
Terdahulu beliau turut serta menyertai aktiviti kayuhan berbasikal sejauh 30 kilometer sempena penganjuran Fit Malaysia Perak di Kuala Kangsar bersama-sama dengan lebih 12,000 pengunjung.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.