![]() |
| Jeff menyediakan Nasi Kerabu Steroid untuk pelanggannya. |
Sinonimnya, nasi kerabu lebih dikenali di negeri Pantai
Timur, terutamanya Kelantan. Nasi yang berwarna biru disertakan sekali dengan
ulam-ulaman dan ayam goreng atau daging bakar pasti menarik orang ramai untuk
menjamahnya.
Dengan bertemakan “Kelantanese
Delight, Perakian Taste: Kenyang Tersandor, Poket Tak Bergegor” Nasi Kerabu
Steroid yang diolah kepada citarasa orang Perak, ternyata memberi kelainan
kepada makanan tradisi ini.
Pemilik Nasi Kerabu Steroid, Alias Samad atau lebih mesra
dipanggil Jeff, beliau menggunakan resepi-resepi yang diperoleh daripada
Internet untuk menjual makanan tradisi Kelantan itu di awal perniagaannya.
“Sebelum membuka kedai Selera Pantai Timur di Tesco Ipoh
Garden, Ipoh, saya melakukan servis penghantaran nasi kerabu selama enam bulan
berdasarkan resepi yang diambil dari Internet dan diolah sedikit.
![]() |
| Anak Dara Lebenese-Mediteranean. Pelanggan perlu membuat tempahan awal untuk set Nasi Dagang ini. |
“Selepas mendapat maklumbalas serta komen daripada
pelanggan, saya cuba baiki yang mana kurang dalam resepi,”katanya.
Tambah anak jati Perak, antara maklumbalas pelanggan adalah
berkaitan dengan citarasa makanan bagi orang Perak.
“Pelanggan saya cakap, orang Perak tak makan makanan manis,
mereka nak yang pedas. Jadi saya gabungkan rasa manis, masin, masam dan pedas,”katanya.
Menurut bekas Eksekutif Pemasaran sebuah bank selama 13 tahun itu lagi,
pemilihan ‘Steroid’ sebagai jenama nasi kerabu miliknya adalah kerana maksud
steroid itu sendiri.
“Steroid itu adalah satu preskripsi ‘dadah’ yang diberi oleh
doktor untuk menyegarkan orang yang terlalu lemah. Jadi, impian saya adalah
untuk beri suntikan baru terhadap nasi kerabu supaya orang tak pandang ianya
sebagai nasi bajet,”jelasnya.
![]() |
| Jeff dan pembantunya, Atie sentiasa tersenyum menyambut pelanggannya. |
Mengulas mengenai Nasi Kerabu Steroid, beliau menawarkan
empat empat jenis sos untuk menepati citarasa masyarakat setempat.
“Kebiasaannya, nasi kerabu cuma ada kuah tumis dan juga
budu. Tetapi kita memberi kelainan dengan membawakan Ayor Asam Kampung Melayu,
Pulau 1,000 Perak (tempoyak) dan You
Jump, I Run (budu). Steroid utama adalah sambal tumis kita sendiri.
Jeff turut berkata, beliau turut menyediakan Nasi Dagang
kepada penggemar-penggemar makanan tradisi Terengganu itu dengan menawarkan
beberapa jenis lauk.
Bagi set nasi dagang, ditawarkan set Anak Dara New York
(kari ayam), Anak Dara Terengganu (rendang Kari Ikan Tongkol), Anak Dara
Pakistani (Kambing Tandoori Bakar) dan Anak Dara Lebenese-Mediteranean.
![]() |
| Pelbagai anek lauk menanti pelanggan untuk Nasi Kerabu Steroid dan Nasi Dagang |
Bercerita mengenai nama masakan yang agak unik itu, bapa kepada dua orang anak itu berkata, nama itu dipilih berikutan sukarnya memasak nasi dagang untuk
dihidangkan kepada pelanggan.
“Saya mengambil masa enam tahun untuk belajar memasak nasi dagang daripada ibu mertua yang
boleh diterima orang ramai. Macam mana susahnya menjaga anak dara, macam itulah
susahnya nak memasak satu periuk nasi dagang itu.
“Saya tahu mungkin nama itu agak kontroversi, tetapi bagi
saya, itulah caranya untuk menarik perhatian pelanggan. Ada pelanggan saya
pertama kali datang takut untuk mencuba Nasi Kerabu Steroid, tetapi bila dah
cuba, dia datang lagi,”ujarnya.
Ujarnya, ada diantara pelanggannya datang daripada Teluk
Intan, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
Tambahnya, ada juga diantara pelanggannya berasal daripada
Kelantan dan mengakui bahawa nasi kerabu yang dimasak olehnya sama seperti
masakan orang Kelantan.
Bercerita tentang harapannya di masa akan datang, beliau
amat berharap dapat membuka restoran sendiri yang membawa makanan Kelantan dan
diolah sesuai dengan citarasa orang Perak.
“Selain itu, saya nak keluarkan pes nasi kerabu saya sendiri
dan bawa ke luar Negara. Sebab itu ada masakan saya dinamakan Anak Dara Qatar,
Anak Dara Emirates, Anak Dara Saudi dan Anak Dara Etihad. Mana tahu, rezeki
saya di masa hadapan, nasi kerabu dan nasi dagang dapat dibawa masuk ke
syarikat penerbangan tersebut.
“Saya juga berhajat untuk menjadi penyumbang zakat yang terbesar
di Perak. Itu niat saya,”katanya.
![]() |
| Santalia (kiri) bersama ibunya merasai keenakan Nasi Kerabu Steroid |
Seorang pelanggan, Santalia Deane-Johns, ini merupakan kali
pertama beliau merasa nasi kerabu di bandaraya Ipoh.
“Sebelum ini saya pernah makan di Kuala Lumpur, tetapi ini
kali pertama saya makan nasi kerabu di Ipoh.
Saya suka dengan citarasa nasi kerabu ini kerana ada pembaharuan.
“Tambahan pula, pemiliknya sangat ramah dan mencadangkan
jenis-jenis lauk yang bersesuaian dengan sos yang disediakan,”katanya yang
menetap di Sydney, Australia ketika pulang melawat ibunya di Ipoh.
Seorang lagi pelanggan yang mahu dikenali sebagai Kamarul
35, beliau bukanlah penggemar nasi kerabu pada mulanya, tetapi selepas mencuba
Nasi Kerabu Steroid, beliau menjadi pelanggan tetap.
“Setiap kali kalau datang ke Tesco Ipoh Garden, saya akan
makan nasi kerabu. Sebelum ini, saya tidak pernah makan nasi kerabu. Tetapi sejak
pertama kali makan, saya sudah jadi pelanggan tetap Nasi Kerabu Steroid,”katanya.
Orang ramai yang ingin merasa sendiri kelainan Nasi Kerabu
Steroid bolehlah berkunjung ke Tesco Ipoh Garden (11.30 pagi – 9.30 malam) dan
cawangan mini Nasi Kerabu Steroid di D’Polo Café (5.30 petang – 11.30 malam) atau menghubungi Jeff melalui Facebooknya, Jeff Nasik Kerabu Steroid.






0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.