IPOH: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM62.4 juta pada
tahun hadapan bagi memastikan pendayaan modal insan dapat digerakkan untuk
melahirkan anak muda di negeri ini yang berketerampilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,
daripada jumlah keseluruhan bajet tersebut, sebanyak RM55.8 juta akan
diperuntukkan melalui pengupayaan pendidikan.
“RM16 juta disediakan untuk pengurusan Kolej Universiti
Sultan Azlan Shah (KUISAS), RM11 juta Dermasiswa Pendidikan Negeri, RM7 juta
untuk caruman kepada Kumpulan Wang Biasiswa Melayu dan Bukan Melayu dan RM7
juta untuk Program Pembangunan Modal Insan.
“Selain itu, RM7 juta diperuntukkan untuk Program Pemetaan
Minda, Program Tuisyen On-Line dan Program Tuisyen Gemilang, RM1 juta untuk
Tabung Pendidikan Khas Anak-Anak Kaum India, RM2 juta bantuan kepada Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan dan Mubaligh.
“Seterusnya ialah RM1juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Tamil, RM2.3 juta untuk Asrama Amanjaya Harmoni, RM500,000 ribu untuk
kecemerlangan murid Orang Asli, RM500,000 ribu untuk Tabung Simpanan Pendidikan
Negeri dan RM500,000 untuk Program Bantuan Pendidikan kepada Kelab Guru,”katanya
ketika membentangkan Bajet 2016 Negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan,
semalam.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri melalui Pusat Pemadan
Kerjaya Amanjaya (PeKA) mensasarkan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan kepada
generasi muda di negeri ini.
“Di samping itu, PeKA yang meletakkan sasaran penempatan
pekerjaan 6,000 bagi tahun 2015, telah berjaya memadankan 8,101 pekerja di
perusahaan dan syarikat di seluruh negeri Perak.
“Bagi tahun 2016, PeKA menetapkan sasaran sebanyak 10,000
peluang penempatan pekerjaan khususnya bagi generasi muda,”jelasnya.
Mengulas lanjut, bagi memastikan usaha mencemerlangkan
potensi generasi muda terus bergerak, kerajaan negeri memperuntukkan RM7.25
juta bagi beberapa program tertentu.
“Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi PeKA, RM2 juta bagi
Program Pengupayaan Generasi Muda, RM1.5 juta untuk Pengupayaan Mahasiswa dan
RM1.25 juta bantuan kepada People of Remarkable Talent (PORT).
“Sesuai dengan hasrat menyediakan generasi pelapis untuk
memikul amanah pemimpin pada masa hadapan, Kerajaan Negeri turut menyediakan
RM1 juta bagi merealisasikan inisiatif DUN Belia Amanjaya Negeri Perak,”ujarnya.
Zambry berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3 juta
bagi program-program pembangunan wanita dan kebajikan.



0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.