Menu

IKLAN


KUALA LUMPUR: Tiga orang kanak-kanak dari Malaysia telah dipilih untuk menerima Anugerah Young Changemakers Tengku Bainun dalam satu majlis Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang diadakan di sini, semalam.
Anugerah tersebut telah disampaikan dalam majlis sulung Young Changemakers yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WANITA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tengku Bainun (PKKTB), Digi Telecommunications Sdn. Bhd dan UNICEF.
Raja Permaisuri Tuanku Bainun Mohamad Ali berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Firdaus Ahmad Farouk (14 tahun), Leah Choy Sze Qin (6 tahun) dan Loh Shi Ya (12 tahun).
Pengerusi PKKTB, Raja Datuk Seri Azureen menyatakan beliau sangat terharu dengan usaha dan kesungguhan kanak-kanak ini untuk membawa perubahan dalam hidup sendiri dan orang lain.
“Mereka bertiga mempunyai kisah yang tersendiri. Firdaus sangat aktif dalam bidang sukarelawan dan menyertai aktiviti ‘Soup Kitchen’ semenjak berusia 12 tahun bagi membantu golongan yang memerlukan.
“Adik Loh Shi Ya pula telah mencadangkan sekolahnya untuk mempunyai sebuah kelab kitar semula, manakala Choy Sze Qin mula membuat dan menjual kek cawan bagi mengumpul dana untuk pembedahan kakaknya yang mengalami kecederaan otak,” ujar beliau.
Sidang kemuncak majlis ini juga menyaksikan sesi khas ‘Saya Juga Mahu Lakukan Perubahan’ dengan pemikir-pemikir utama iaitu Chris Ng dari PKTB, Syed Azmi yang merupakan ‘Changemaker’, penyanyi rap tempatan, Altimet dan pelakon teater lagenda, Normah Nordin.
Mereka telah dijemput untuk membimbing dan memberi galakan kepada 150 kanak-kanak untuk berikar bagi melakukan apa yang terdaya dalam melakukan perubahan kepada masyarakat dan alam sekitar.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top