Sebaik kaki melangkah
masuk ke dalam Omm Café, pelanggan seolah-olah dibawa ke zaman 70-an apabila
melihat dekorasi kafe ini yang dihiasi barangan antik dan klasik.
Terletak
di Jalan Sultan Iskandar Shah di tengah-tengah pusat bandaraya Ipoh, dekorasi
dalaman kafe ini ternyata berbeza dengan kafe-kafe hipster lain yang lebih
menggunakan konsep urban kontemporari.
![]() |
Azman Omm |
Pemilik
Omm Café, Azman Omm berkata, beliau terfikir untuk memulakan perniagaan kafe
selepas melihat wujudnya banyak kafe lain yang menggunakan konsep kontemporari.
Namun begitu, beliau mencari kelainan untuk menjadikan kafenya unik berbanding
kafe yang lain.
“Saya buat konsep
saya sendiri iaitu konsep barangan lama dan antik. Kerusi, meja, jam dan
sebagainya semuanya barang-barang lama dan tidak ada yang sama. Semuanya
berlainan.
“Semua
barang-barang ini adalah daripada koleksi saya. Ada juga kawan-kawan bagi dan
ada yang saya beli sendiri. Tujuan saya beli barangan antik ini bukanlah untuk
kafe, tetapi sekadar untuk simpanan saya,” katanya.
![]() |
Kakitangan Omm Cafe bersedia melayani pelanggan yang hadir |
Azman
berkata, tujuan beliau membuka perniagaan café ini adalah sekadar untuk
memuaskan diri dan pelanggan.
“Kita tidak
memfokuskan kepada untung semata-mata. Tetapi saya lebih kepada kepuasan diri
dan pelanggan. Pelanggan dapat servis dan makanan yang baik, dan saya dapat
beri kepuasan kepada pelanggan,” ujarnya.
![]() |
Omm Cafe dihiasi dengan barangan antik dan klasik |
Menurut
ahli perniagaan yang berusia 46 tahun itu lagi, Omm Café mula beroperasi pada
awal Februari lalu.
“Nama Omm Café
dipilih kerana Omm itu adalah bapa saya. Saya juga lebih dikenali sebagai Omm
berbanding Azman,”jelasnya.
Tambahnya, kafe
miliknya menawarkan pelbagai jenis hidangan bersesuaian dengan citarasa
pelanggan.
“Menu yang kita
tawarkan di Omm Café adalah seperti Western Food, Eastern Food dan juga Middle
East dan semuanya adalah a la carte.
“ Contoh makanan
Middle East adalah Nasi Arab yang mana kita mengikut citarasa Melayu. Nasi Arab
kita hanya sediakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja,”ujarnya.
Bapa kepada empat
orang anak itu berkata lagi, apa yang membezakan Omm Café dan kafe-kafe hipster
yang lain di Ipoh adalah Choong Fun.
“Apa yang membezakan
Omm Café dan kafe-kafe lain adalah makanan istimewa kita iaitu Choong Fun.
Memang setiap kali pelanggan datang ke sini, itu yang mereka cari.
![]() |
Choong Fun, hidangan istimewa di Omm Cafe. |
“Choong Fun ialah
makanan Cina dan kita halalkan makanan itu. Kita menggunakan rencah ayam
sebagai pengganti kepada rencah asli,”ujarnya.
Tambahnya lagi, tidak
ramai tukang masak Melayu pandai memasak Choong Fun. Azman berkata, ada di
antara pelanggannya yang berbangsa Cina memuji keenakan Choong Fun di Omm Café.
“Ada pelanggan saya
yang berbangsa Cina terkejut apabila mereka rasa Choong Fun di sini. Mereka
cakap, ianya setanding dengan Choong Fun yang dimasak oleh tukang masak Cina.
Memang resepinya kita ambil daripada orang Cina.
Bercerita tentang
lokasi kedainya yang terletak di tengah bandaraya Ipoh, Azman berkata, kafenya tetap mendapat sambutan yang menggalakkan.
Meskipun susah untuk
mencari tempat letak kereta, tetapi kafenya tetap mendapat sambutan daripada
pengunjung Gerbang Malam.
Azman
turut berkata, untuk jangka masa panjang, beliau bercadang untuk memiliki
sebuah bangunan dua tingkat untuk kafenya.
“Saya
berminat untuk memiliki bangunan dua tingkat untuk Omm Café dimana di tingkat
bawah ialah ruang makan berhawa dingin, dan ruang atas pada keadaan yang lebih
santai. Tetapi buat masa sekarang, saya tidak jumpa tempat yang
sesuai,”ujarnya.
![]() |
Promosi di Omm Cafe bermula dari 24 November ini sehingga 6 Disember 2015 |
Omm Café
turut menawarkan promosi sempena cuti sekolah yang baru bermula dengan
menawarkan harga hanya RM10 untuk Chicken Chop/Fish and Chip dan didatangkan
sekali dengan minuman dan pencuci mulut bermula dari 24 November hingga 6 Disember hadapan.
Omm Cafe beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 malam dan dibuka setiap hari kecuali Isnin.
Omm Cafe beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 malam dan dibuka setiap hari kecuali Isnin.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.