KUALA LUMPUR: Le Tour De Langkawi 2016 bakal membuka tirainya pada tahun ini bermula pada 24 Februari ini sehingga 2 Mac 2016.
Menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman Facebook Kementerian Belia dan Sukan, KBSMalaysia, edisi pada kali ini menyaksikan lapan peringkat perlumbaan.
Peringkat pertama menyaksikan pelumba perlu berkayuh dari Kangar – Baling (165.5KM), peringkat kedua bermula dari Sungai Petani-Georgetown (159.8KM), peringkat ketiga bermula dari Kulim – Kuala Kangsar (107KM) dan peringkat keempat bermula dari Ipoh –Cameron Highlands (129.5KM).
Sementara itu, bagi peringkat kelima pula, menyaksikan jarak sejauh 149.9KM iaitu dari Tapah – Kuala Lumpur, peringkat keenam dari Putrajaya – Rembau (147.6KM), peringkat ketujuh dari Seremban – Parit Sulong (203.2KM)dan peringkat terakhir ialah dari Batu Pahat – Melaka (119.9KM).
Jumlah jarak perjalanan pada penganjuran LTDL 2016 ialah sejauh 1,182.4KM.
Pengumuman itu dibuat sewaktu Majlis Imej dan Pengenalan LTDL 2016 yang dihadiri oleh Menteri KBS, Khairy Jamaludiin.
Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk M Saravanan serta Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.