IKLAN


IPOH: Sebanyak tujuh jawatankuasa telah ditubuhkan dibawah Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya (MP2MPA) bertujuan untuk mencadang dan menyenaraipendekkan usul-usul yang akan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Beliau pada 5 dan 6 Mac hadapan.

“Pertama ialah Pembangunan Ekonomi, Usahawan Pelancongan dan Pengantarabangsaan, kedua, Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita, ketiga, Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

“Keempat, Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional, kelima, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia, keenam, Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan terakhir, Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme,”kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia,Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian MP2MPA yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tengah hari tadi.

“Tiada siapa dapat menafikan kuasa dan aura generasi mua sebagai perencana dalam memastikan Negara maju dan berjaya.

“Marilah kita bersama-sama menyediakan kemudahan dan sokongan kepada MP2MPA ini agar matlamat negeri dan Negara untuk mencapai Negara maju di masa akan datang akan terlaksana,”ucapnya.

Terdahulu MP2MPA telah ditubuhkan dengan 122 orang belia yang mewakili kumpulan-kumpulan yang berbeza.

Antaranya ialah Majlis Belia Negeri atau Daerah, Ahli Parlimen Belia Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau Kolej, Pengerusi atau TImbalan Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Parlimen Seluruh Perak dan 60 belia yang mewakili lapan kumpulan sasaran.


Lapan kumpulan sasaran tersebut ialah belia bersekolah, belia pengajian tinggi, belia bekerjaya, perkumpulan belia, belia massa, belia Malaysia-antarabangsa, belia minority dan golongan terpinggir serta belia berisiko.


13 Feb 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top