IKLAN


IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri Belia negeri Perak akan berlangsung buat pertama kalinya pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tujuan sidang DUN belia diadalah adalah untuk memberi ruang kepada ahli dewan dari kalangan anak muda untuk menyuarakan pandangan berkaitan dasar dan juga cadangan boleh dikemukakan kepada pihak kerajaan.
“Negeri Perak telah mengumumkan penubuhan DUN Belia pada tahun lalu dan sebelum itu kita mengadakan majlis perundingan Belia dilaksanakan saban tahun membuat keputusan untuk dinaikkan ke taraf sidang DUN,” katanya pada sidang media sejurus selepas merasmikan Majlis pelancaran Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya (MP2MPA) di sini hari ini.

Tambahnya lagi, 60 ADUN Belia tersebut akan menggunakan dewan undangan negeri yang mewakili pertubuhan yang ada dan mereka akan berbahas dalam tempoh dua hari.
“Adanya pendekatan ini diharapkan lebih ramai golongan muda akan turut menyertainya dengan tema Amanjaya penyerataan oleh golongan juga yang juga sebahagian dari proses pembuat dasar,” katanya lagi.
Ujarnya persidangan dewan ini akan memberikan idea baharu kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan idea mereka.

Persidangan itu juga akan membincangkan tentang isu berkaitan dengan golongan muda memahami dari segi persekptif dan pemikiran kehendak golongan muda.
60 ahli yang dilantik bagi sesi persidangan kali ini adalah mewakili isntitusi pegajian Tinggi Awam (IPTA), Kaum, Orang Kelainan Upaya (OKU), badan bukan kerajaan dan juga pelajar.
“Tiada konsep pembangkang tetapi lebih kepada pembahasan sesuatu isu,” katanya lanjut.
Tambahnya perlantikan ADUN Temenggor, Salbiah Mohamed telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Belia negeri Perak kali ini yang pertama.
“Ini merupakan speaker wanita pertama bagi DUN Belia, dengan perlantikan adalah juga sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita menjadi Speaker DUN Belia,” katanya.


13 Feb 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top