IPOH: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) mensasarkan untuk memberikan tajaan dan sumbangan kepada 500 pelajar melibatkan pelajar di tingkatan satu sehingga tingkatan lima.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amiruddin Muhamed berkata, sejak dijalankan pada 2012, seramai 357 pelajar telah menerima manfaat daripada sumbangan itu yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM357,000.
Terdahulu, beliau menyampaikan biasiswa tersebut kepada 100 pelajar tingkatan satu yang terpilih meliputi seluruh daerah negeri ini iaitu melibatkan tajaan biasiswa pelajaran sebanyak RM1,000 setahun.
Tambahnya lagi, pemberian biasiswa kepada pelajar tingkatan satu yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu dan melepasi sesi temuduga.
Malah jelasnya lagi,syarat pemilihan penerima yang layak adalah terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin malah mereka akan diberi tajaan sehingga berada di tingkatan lima.
“Kriteria pemilihan letakkan 30 peratus markah daripada pendapatan keluarga tergolong dalam kategori asnaf dan fakir miskin
“Kriteria kedua keputusan UPSR, dan sijil Pendidikan Islam Tahun Enam, serta penilaian aktiviti kokurikulum” katanya lagi.
Tambahnya lagi sejak bermula pada tahun 2012 hasil pemerhatian MAIPk juga mendapati pencapaian pendidikan pelajar tersebut adalah pada tahap yang membanggakan dan cemerlang.
Sementara itu menurut penerima sumbangan Nurul Aqilah Ahmad, bantuan yang diterimanya sejak di tingkatan satu amat membantu beliau untuk sesi persekolahannya.
“Bantuan ini saya gunakan untuk membeli barangan keperluan sekolah dan buku ulangkaji,” katanya.
Manakala bagi Azharuddin Abdul Aziz, yang kini di Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Gopeng berkongsi perasaan gembira apabila terpilih menerima sumbangan kali ini.
“Ibu bapa penoreh getah dan melalui sumbangan ini saya pastinya dapat membantu kedua ibu bapa dan mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka,” katanya.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.