IKLAN


IPOH: "Sedap, Lazat, Nikmat, Syukur selalu" itu merupakan moto yang dibawa dan diperkenalkan oleh restoran 3 Syukur di sini yang pastinya menjanjikan kepelbagaian jenis menu hidangan untuk para pelanggannya.

Sudah mula beroperasi sejak empat bulan lalu, Restoran 3Syukur yang beroperasi di Terminal Amanjaya di sini.menjanjikan pelbagai pilihan menu masakan mengikut citarasa pelanggan dengan harga yang cukup berpatutan.

Perkongsian idea dua rakan, Raino Firhan Abd Rahim dan Andrew Loh telah menghasilkan pelbagai jenis menu dari masakan Melayu, Baba Nyonya dan juga makanan barat disediakan buat para pelanggan yamg berkunjung di restoran ini.


Menurut Raino Firhan meminati bidang masakan dan perniagaan menjadikan beliau tidak pernah berputus asa mempelajarinya sehingga sekarang.

"Menu di sini pelbagai, menarik dan harganya juga berpatutan," katanya.

Tambahnya lagi, pelbagai ilmu masakan saling dikongsi bersama dengan rakan perniagaannya kini.

Antara menu utama yang mesti dinikmati apabila anda mengunjungi Restoran 3Syukur ini ialah empat pakej steamboatnya (Syukur Mini Steamboat, Syukur Sedap Steamboat, Syukur Lazat Steamboat dan Syukur Nikmat Steamboat) yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan.



Restoran ini juga menawarkan pemilihan 5 jenis sup secara percuma iaitu sup ayam, sup laksa, sup kari, sup tom yam dan sup bubur.

Sementara itu menurut Andrew, pelanggan tidak perlu khuatir dengan pemilihan hidangan kerana 3 Syukur menawarkan pelbagai jenis hidangan dengan pakej yang menarik.

"Restoran ini mengetengahkan konsep santai, dan pelanggan mempunyai banyak pilihan menu termasuklah makanan barat," katanya.



Tambahnya lagi, antara menu yang menarik untuk dicuba adalah seperti ikan siakap masak cili hijau, ketam lembut Butter, Sambal petai sotong dan kerabu epal.

Berhampiran restoran ini juga terdapat juga Espressolab cafe, pusat hiburan keluarga seperti karaoke.

Ruangan cafe cukup selesa dan surau turut disediakan untuk kegunaan pelanggan Islam.



23 Jan 2016

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top